Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Bukti Nyata Kekuasaan ALLAH Azza Wajalla

﷽:
Kekuasaan Allah Taala


loading...





Imam al-Qadi iyad al-maliki dalam al-Syifa Bi Ta'rif Huquq al-Mustafa mengatakan bahawa  ada orang Islam yang keluar daripada Islam-nya (menjadi kafir), sekalipun ia tidak bertujuan keluar daripada agama Islam tersebut. Ungkapan-ungkapan seperti; "Terserah yang di atas", Tuhan tertawa, tersenyum, menangis" atau "Mencari Tuhan yang hilang", dan sebagainya adalah gejala tasybih yang semakin merebak kebelakangan ini. Tentu sahaja kesesatan akidah tasybih adalah hal yang telah disepakati oleh para ulama kita, dari dahulu hingga sekarang.

Berhubungan dengan masalah ini Imam Ibn al-Mu'allim al-Qurasyi (w 725H, lihat biografinya dalam al-Durar al-Kaminah, karya al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani j. 4, h. 198) dalam kitab "Najm al-Muhtadi Wa Rajm al-Mu'tadi, h. 588, mengutip perkataan Sayyidina Ali ibn Abi Talib, seperti berikut:

"Sebahagian daripada umat Islam ini ketika kiamat telah dekat akan kembali menjadi orang kafir." Seseorang bertanya kepadanya: "Wahai Amir al-Mu'minin apakah sebab kekufuran mereka? Adakah kerana membuat ajaran baharu atau kerana pengingkaran? Sayyidina Ali ibn Abi Talib menjawab: "Mereka menjadi kafir kerana pengingkaran. Mereka mengingkari Pencipta mereka(Allah) dan mensifati-Nya dengan sifat-sifat benda(jisim) dan anggota-anggota badan."

[Diriwatkan oleh Ibn al-Mu'allim al-Qurasyi dalam kitab Najm al-Muhtadi Wa Rajm al-Mu'tadi, h. 588]

http://telegram.me/ahlullah
www.islam.totalh.net

Posting Komentar untuk "Bukti Nyata Kekuasaan ALLAH Azza Wajalla"